Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Friday, July 23, 2010

Kerja-kerja Pembinaan Blog ini dalam proses



Sekarang progress pembinaan blog ini dahpun mencapai 55%, nak kata legapon tak boleh jugak. banyak lagi yang nak kene buat nie... esok hari terakhir sebelum pembentangan... harap-harap sempat ler....

Thursday, July 22, 2010

Ucapan Guru Besar


Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, blog SK Alai ini dapat diakses oleh kita semua. Sebagai pentadbir di sekolah ini, saya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana dapat bersama menggerakkan sekolah ini ke arah kemajuan teknologi sejajar dengan hasrat kerajaan kita.

Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan sekalung tahniah kepada Jawatankuasa ICT SK Alai atas usaha mereka membangunkan seterusnya mengemaskini blog sekolah ini agar ianya sentiasa segar dan juga mempamerkan maklumat yang terkini. Saya amat memahami kekangan masa dan juga beberapa masalah yang dihadapi oleh webmaster untuk menjadikan blog sebagai laman yang terbaik untuk kegunaan warga sekolah ini khususnya. Saya yakin, dengan perancangan yang telah dibuat, usaha untuk menjadikan laman ini sebagai laman yang interaktif oleh guru, pelajar dan juga ibu bapa akan tercapai. Insya Allah.

Akhirnya, saya amat berharap agar semua kemudahan dan prasarana ICT yang telah disediakan ini akan dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dengan pembangunan dan kemajuan sekolah kita. Tidak lupa juga kepada PIBG yang sering memikirkan dan membantu kita menjayakan setiap program yang dirancang agar benar-benar mencapai matlamatnya. Saya cukup berbangga dengan ahli jawatankuasa sedia ada kerana sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dengan niat yang satu iaitu bersama memastikan sekolah selesa,anak-anak berjaya, pendidik gembira, ibu bapa berbangga.


Ikan parang ikan gelama,
Dibuat gulai orang Melaka,
Kemudahan ICT manfaatkan bersama,
Menjana kecemerlangan sekolah kita.

Wednesday, July 21, 2010

LOGO SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI, MELAKA




Logo Sekolah Kebangsaan Alai


Bermaksud sekolah ini mempunyai anak didik yang berasal dari satu kawasan iaitu Punggur. Mereka bersatu hati untuk menimba ilmu ke tahap yang lebih baik.

Sauh :

Sauh pada bawah bentuk hati yang melambangkan rasa cinta dan sayang kepada sekolah tanpa membelakangkan sejarah hidup mereka yang merupakan anak-anak petani dan nelayan.

Cogan kata sekolah:

‘Usaha Jaya’ terdapat di bawah lengkung melambangkan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

Obor :

di dalam kelalang kon yang diletakkan di tengah-tengah buku melambangkan usaha yang berterusan untuk menimba ilmu dalam apa jua bidang. Gelang sepuluh di sauh menunjukkan sekolah juga menitikberatkan sukan.