Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Monday, October 25, 2010

Praktikal Tajhiz Mayat

Dibawah penganjuran Panatia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Alai, program praktikal Tajhiz Mayat telahpun berjaya dijalankan pada 19/10/2010 di Dewan Sekolah Kebangsaan Alai. Program ini telah dijayakan oleh seramai 78 orang murid bersama 10 orang ustaz dan ustazah serta dipimpin oleh Ustaz Mohd Hafiz Hashim dan Ustazah Zabediah Othman dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Ilmu Pengurusan Jenazah ini merupakan Fardu Kifayah yang amat dituntut didalam Islam. Justeru, aktiviti ini sangatlah penting dan berguna untuk kita. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan dimasa hadapan, InsyaALLAH.























Pertandingan Kawad Kaki 2010

Pada 20/10/2010, Sekolah Kebangsaan Alai telah menganjurkan pertandingan kawad kaki untuk murid-murid tahun 6, 2010. Pertandingan ini, telah disertai oleh 4 buah pasukan unit beruniform sekolah antaranya ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, PBSM dan Puteri Islam.

Untuk pertandingan ini setiap pasukan diberi tempoh hanya 1 minggu untuk berlatih dengan menerima bimbingan daripada jurulatih yang dijemput khas dari JLKN. Setiap pasukan kelihatan bersemangat ketika mengikuti latihan ini.

Pertandingan kawad kaki ini telah diungguli oleh Pasukan Pengakap. Tahniah diucapkan!!!


Barisan Peserta Pertandingan


Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah


Pasukan Persatuan Bulan Sabit Malaysia

Persatuan Pengakap


Persatuan Puteri Islam

Barisan Juri

Barisan Juri

Barisan Juri

Sunday, October 24, 2010

Tahniah SK Alai.....



Baru-baru nie, Sekolah Kebangsaan Alai telah menyertai pertandingan koir sekolah-sekolah rendah peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Seri Temu, SMK Padang Temu. Sebanyak 8 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini yang telah berlangsung pada 14 Oktober 2010 yang lalu.


Sekolah Kebangsaan Alai telah berjaya menduduki tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut, manakala tempat pertama telah dirangkul oleh juara bertahan tahun lepas iaitu Sekolah Kebangsaan Bachang dan tempat ke-3 pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2. Manakala anugerah konduktor terbaik jatuh kepada Sekolah Kebangsaan Alai. Tahniah diucapkan!

Sepanjang pertandingan ini berlangsung, semua sekolah telah memberi persembahan yang terbaik. Usaha inilah yang perlu diterapkan dalam apa jua aktiviti yang disertai.... TERBAIK!!!!


Masa Rehearsal / Practice

Senyum!!!

Senyum!!!

Semasa Pertandingan

Barisan Unit Pendaftaran

Practice Picthing.




Muka-muka gembira wakil Sekolah Alai, Melaka