Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, July 24, 2012

Ahlan wasahlan ya ramadhan......

Selamat datang Ramadhan 1433 hijrah....
Walaupun dah terlewat 5 hari tapi still nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat islam diserata dunia, khasnya kepada kakitangan serta guru dan murid-murid di SK Alai.

Semoga Ramadhan pada tahun ini akan memberi seribu kebaikan kepada semua, semoga dicucuri rahmat dan dikurniakan pahala dengan melimpah-ruah. Berbanyaklah beramal semoga semua tergolong dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaALLAH......



Monday, July 2, 2012

Senamrobik kali pertama


 

 

 

Aktiviti Sempena Bulan Kecergasan

Bulan Julai datang lagi, bulan ini juga dikenali sebagai Bulan Kecergasan. Oleh itu, banyak program telah diatur bagi mengisi bulan yang "sihat" nie... sebab tak lama lepas tu da nak puasa......
Antara program yang dirancang adalah:-

  • Aktiviti senamrobik pada setiap pagi selasa jam 7.30 pagi-7.40 pagi.
  • Pertandingan sukan "1 M 1S" antara rumah sukan
    • Bola Sepak 7 sebelah
    • Bola Baling (L/P)
    • Bola Jaring
    • Sepak Takraw 



Sunday, July 1, 2012

Wajah-wajah Sek. Keb. Alai 2012



 Wajah-wajah yang setia bersama membangunkan Sekolah Kebangsaan Alai, Sekolah Kita!

Hari Keluarga SK Alai 2012.



Jom kita ke Resort Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka hujung minggu nie. Sekolah Kebangsaan Alai akan menyambut hari keluarga disana. Banyak aktiviti yang menarik telah dirancang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Antaranya ada nyanyian, sukaneka, cabutan bertuah, treasure hunt dan macam-macam lagi. Pelbagai kemudahan yang menarik ada disana antaranya:-



Agak-agak boleh berenang sampai tengah malam kot. hehehehe....

Lawatan Pemantauan Berkelompok Jabatan Pelajaran Melaka




Pada 5 Julai 2012 ini, pihak Jabatan Pelajaran Melaka akan mengadakan lawatan pemantauan berkelompok ke Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka. Buat masa ini cikgu-cikgu dan pihak pentadbiran di Sekolah Alai sedang bertungkus-lumus menyediakan fail dan segala keperluan yang kehendaki oleh pihak jabatan.