Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, August 26, 2014

TAHNIAH SABRINA HUDA!!!

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada adik Nur Sabrina Huda Binti Hishammuddin
 kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan National Spell it Right Challenge anjuran New Straits Times dan RHB Bank dengan kerjasama TV3. Pertandingan yang telah 
berlangsung pada 23 Ogos 2014 itu yang juga telah disertai oleh adik Salman Bin Mahyuddin telah berjaya mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Alai apabila berita kejayaannya dipaparkan dalam 
surat khabar harian New Straits Times. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada adik
Nur Sabrina Huda binti Hishammuddin!!!!!




Monday, August 25, 2014

1MURID 1SUKAN : BOLA SEPAK TAHUN 4

Program 1M1S iaitu bola sepak bagi tahun 4 telah dijalankan pada 19 ogos 2014. Perlawanan yang diadili oleh Ustaz Ahmad Rizman telah dimenangi oleh pasukan Ombak FC yang mengalahkan pasukan Real FC dengan jaringan 3-2. Perlawanan berakhir pada jam 5 petang.

Ombak FC sedia beraksi


Jangan pandang rendah Real FC





Ayam tambatan Ombak FC, Isma Danial

JAMUAN HARI RAYA 2014

Pada 16 Ogos 2014, Kelab Guru SK Alai telah mengadakan sebuah jamuan bersempena Sambutan Aidilfitri dan Sambutan Hari Lahir untuk ahli-ahli kelab. Persediaan program telah bermula dari jam 9 pagi dengan penyediaan lemang. Projek membakar lemang berkenaan telah diketuai oleh Pengerusi Kelab iaitu Cikgu Sallehuddin. Turut memberi sumbangan ilmu dan pengetahuan berkenaan kaedah membakar lemang ialah Pn Salmiah dan keluarganya. Majlis bacaan tahlil dan doa selamat telah dijalankan sepanjang waktu Maghrib di samping solat berjemaah bersama guru dan ibu bapa. Seterusnya majlis diteruskan dengan Marhaban dan Jamuan Perdana yang diserikan dengan nyalaan bunga api. Majlis tamat sekitar jam 11 malam.