Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Thursday, November 26, 2015

Tahniah Anak Didik SK Alai, Anda Hebat!

Berjuta tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kejayaan sepanjang tahun 2015. Pada 16hb November telah diadakan Hari Kualiti bagi mengiktiraf serta meraikan murid-murid yang telah mencapai kejayaan sepanjang tahun ini. Pada 17hb November pula telah diumumkan keputusan peperiksaan UPSR yang mana sekolah kita telah berjaya melahirkan 8 orang murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Tahniah diucapkan kepada mereka dan seluruh warga pendidik SK Alai atas usaha dan pengorbanan semua.


         Tokoh-tokoh murid tahun 2015

                    Murid-murid 5A


             Murid-murid 5A dan 4A





Tahniah kepada semua. Jangan berputus asa. Teruskan usaha anda. Kekalkan kecemerlangan anda di sekolah menengah nanti. We are proud of all of you.





Friday, October 30, 2015

LAWATAN KEMBARA UPSR 2015


Pada 29 Oktober 2015 telah diadakan satu lawatan kembara yang dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling bersama Panitia Matematik SK Alai. Rombongan yang bertemakan matematik ini bertolak dari sekolah pada jam 8.00 pagi menuju ke Masjid Selat. Ia kemudian bergerak ke AEON Bandaraya Melaka dan mengakhiri lawatan di Masjid Kampung Hulu. Rombongan yang disertai seramai 69 orang murid tahun 6 diiringi oleh 5 orang guru pengiring tiba di sekolah pada jam 2.40 petang.











Monday, September 7, 2015

SEMOGA BERJAYA UNTUK CALON-CALON UPSR TAHUN 2015

Hari keramat yang ditunggu-tunggu bagi setiap murid tahun 6 telah pun tiba. Sepanjang tarikh 8hb,9hb dan 10hb September murid-murid bertuah ini akan menjalani peperiksaan UPSR. Kami seluruh warga SK Alai mendoakan kejayaan yang terbaik untuk anda semua. Jangan berputus asa. We are proud of you!

Friday, August 14, 2015

Marhaban Syawal SK Alai


Syawal menjelma lagi dan tradisi marhaban Syawal diteruskan dengan kerjasama semua warga SK Alai. Program ziarah marhaban ini dijalankan sepanjang 27hb Julai hingga 15hb Ogos.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru yang sudi meluangkan masa dan tenaga menjayakan marhaban kali ini. Moga berjumpa lagi di tahun hadapan.


























Friday, May 8, 2015

Pada hari jumaat ,8 haribulan Mei yang lalu ,telah diadakan Majlis Persaraan untuk cikgu tersayang iaitu ,Cikgu Sharifuddin yang juga Guru penolong kanan Hal Ehwal murid Sekolah Kebangsaan Alai.Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahhari.
berikut merupakan rentetan peristiwa sepanjang majlis itu berlaku