Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Monday, October 25, 2010

Pertandingan Kawad Kaki 2010

Pada 20/10/2010, Sekolah Kebangsaan Alai telah menganjurkan pertandingan kawad kaki untuk murid-murid tahun 6, 2010. Pertandingan ini, telah disertai oleh 4 buah pasukan unit beruniform sekolah antaranya ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, PBSM dan Puteri Islam.

Untuk pertandingan ini setiap pasukan diberi tempoh hanya 1 minggu untuk berlatih dengan menerima bimbingan daripada jurulatih yang dijemput khas dari JLKN. Setiap pasukan kelihatan bersemangat ketika mengikuti latihan ini.

Pertandingan kawad kaki ini telah diungguli oleh Pasukan Pengakap. Tahniah diucapkan!!!


Barisan Peserta Pertandingan


Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah


Pasukan Persatuan Bulan Sabit Malaysia

Persatuan Pengakap


Persatuan Puteri Islam

Barisan Juri

Barisan Juri

Barisan Juri

1 comment:

  1. Tahniah kepada guru-guru dan pelajar tahun menjayakan kawad kaki yang julung kali diadakan.

    ReplyDelete