Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, October 1, 2013

HARI SUKAN

Pada 26 Oktober 2013, Kejohanan Balapan & Padang 2013 telah berjaya dijalankan oleh seluruh warga SK Alai. Alhamdulillah, cuaca yang cerah mengiringi di sepanjang berlangsungnya acara. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya pasukan rumah HIJAU atas kejayaan mereka menjadi johan keseluruhan pada kejohanan kali ini.

Berikut ialah detik-detik menarik yang berjaya dirakam sepanjang kejohanan berlangsung.





Saturday, August 3, 2013

Gambar-Gambar Menarik Sekitar Program 1Murid 1Sukan (Bola Sepak)


Perlawanan pembukaan antara pasukan Frenz United dan Cap Ayam FC


Cikgu Syaiful sebagai pengadil perlawanan pembukaan (Cap Ayam menang...)


Final antara Soccer FC (Biru) vs Cap Ayam (Merah)


Semangat kesukanan dan silaturrahim antara pasukan...


Ini bukan gaya pasukan juara... (Izzudin marah kat sape tu?)


Ini barulah gaya pasukan juara...


Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan untuk pasukan Soccer FC selepas
masa tambahan dan jaringan emas (golden goal rules)...

SOCCER FC 6 CAP AYAMAS FC 5


Hadiah disampaikan kepada juara oleh Guru Besar SK Alai
Tn Hj Adam Bin Md Dali


Penjaring terbanyak dimenangi oleh Afiq Sharifuddin dari pasukan Cap Ayam
dengan 23 jaringan gol...


Pemain terbaik pertandingan dimenangi oleh Amirul Firdaus dari pasukan Soccer FC
atas kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan semasa permainan..
.
.
.
~~TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PASUKAN~~
.
.
.
.
diharap anda semua tidak berputus asa, kekalkan usaha dan
cuba lagi tahun depan...

Tuesday, July 2, 2013

Program 1 Murid 1 Sukan (Bola Sepak)

Program 1M1S (1 Murid 1 Sukan) acara bola sepak 5 sebelah telahpun bermula pada 1 Julai 2013 dan dijangka tamat pada 9 Julai 2013. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian iaitu seramai 48 orang murid dari tahun 3, 4 dan 5. Antara 8 pasukan tersebut antaranya adalah:-

  • Cap Ayam FC
  • Alai Otai FC
  • Frenz United FC
  • Bola Kampung FC
  • Berjaya FC
  • Soccer FC
  • Melaka FC
  • Dragon FC

Saturday, May 25, 2013

Tahniah, Pasukan Kalam Jamaie SK Alai

Pada 14 Mei yang telah lalu, Pasukan Kalam Jamaie sekolah dibawah pimpinan Ust Khairul Izwan Rosjihan a.k.a. "Muallim" telah menyertai pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan tersebut telah berlangsung di SK Batu Berendam 2, Batu Berendam Melaka. Pasukan sekolah dengan kekuatan seramai 27 orang ahli telah mendapat tempat ke-4 keseluruhan. Dalam pertandingan tersebut, tempat pertama dimenangi oleh Sekolah Convent Infant Jesus 2 (CIJ 2), tempat kedua pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Baru dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh.
Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Kalam Jamaie Sekolah Kebangsaan Alai kerana telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Turut tidak lupa kepada Muallim yang telah melatih serta kepada guru-guru pengiring yang terdiri daripada Ustaz Ahmad Rizman Johar, Ustazah Nor Aziah Usoff dan Ustazah Nor Hafidzah Rozali.

Semoga pasukan kalam jamaie SK Alai akan lebih berjaya pada masa akan datang. InsyaALLAH....



Latihan terakhir sebelum pertandingan.


Make-up artist yang cube nak enterframe.... hehehehehe....


Gambar Bukti masuk pertandingan...... Tempat ke-4 jer.....

Sunday, May 12, 2013

Pertandingan Memasak "Ala Rimba" Unit Beruniform

Pada 22 April yang lalu, Sekolah Alai telah menganjurkan Pertandingan Memasak "Ala Rimba" untuk Pasukan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Alai. Sebanyak 4 pasukan Unit Beruniform telah mengambil bahagian dalam acara ini iaitu Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pasukan Pengakap, Pasukan Badan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pasukan Puteri Islam. Setiap Pasukan telah menyediakan masakan dengan tema mereka. Setelah dinilai oleh para juri, keputusan pertandingan memasak "Ala Rimba" tersebut dimenangi oleh:-

  1. Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah
  2. Pasukan Pengakap
  3. Pasukan Puteri Islam
  4. Peasukan Badan Bulan Sabit Merah Malaysia

Berikut antara gambar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan:-