Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Sunday, March 27, 2011

Laporan perwakilan olahraga ke Sukan MSSMNM

Pada 22 - 24 Mac 2011 yang lalu. Pihak sekolah telah menghantar pasukan olahraga bagi menyertai pertandingan acara balapan dan padang di Kejohanan MSSMNM Kawasan Ayer Keroh di Sekolah Menengah Seri Kota.

Dalam pertandingan tersebut, pihak perwakilan sekolah telah berjaya membawa pulang 4 pingat iaitu 1 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa. Pingat Emas telah dimenangi oleh Nur Madinah Bte Mohd Sabri dalam acara 100m pecut P(10), Pingat Perak pula dimenangi melalui acara Lompat Jauh P(12) oleh Nurul Nasuha Bte Mustakim, manakala Pingat Gangsa pula diperolehi masing-masing oleh Nurhidayu Bte Morni dan Nurul Athirah Bte Azman melalui acara Lompat Jauh P(12) dan Lompat Tinggi P(12).



Bangga Guru Besar kita, kebetulan dapat mengalungkan pingat untuk pemenang dari Sekolah Kebangsaan Alai.
Acara Lumpat Jauh Perempuan 12.



Kilau Emas tunggal untuk Sekolah Kebangsaan Alai,
Acara 100m Perempuan 10.




Antara muka-muka yang tengah gabra... hehehe....




Berposing sebelum makan..... Nyum, nyum..... 3 hari lauk ayam.




Sempat lagi bergambar sebelum Emas acara 100m P10 jatuh ke tangan Sekolah Alai....


Apa-apapun..... TAHNIAH WAKIL SEKOLAH ALAI..!!!!!!
TAHUN DEPAN CUBA LAGI.... INSYAALLAH.....

No comments:

Post a Comment