Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Friday, April 22, 2011

Learning Trip from Rivervale Primary School Singapore


Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian


Kehulu memotong pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Jangan jadi sesal kemudian


Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Barat lagi bahu memikul


Harapkan untung menggamit
Kain dibadan didedahkan
Harapkan guruh dilangit
Air tempayan dicurahkan


Pohon pepaya didalam semak
Pohon manggis sebasar lengan
Kawan tertawa memang banyak
Kawan menangis diharap jangan


Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung


Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi


Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang


Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan


Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang


Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi


Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi


Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Thursday, April 21, 2011

Quotes

Happiness is not a station to arrive at, but a manner of traveling. (Margaret Lee Runbeck)

He who requires urging to do a noble act will never accomplish it. (Kahlil Gibran, 1883-1931)
He who walks in another’s tracks leaves no footprints. (Joan Brannon)
Heaven-born, the soul a heavenward course must hold; beyond the world she soars; the wise man, I affirm, can find no rest in that which perishes, nor will he lend his heart to aught that doth on time depend. (Michelangelo Buonarroti, 1474-1564)
Histories make men wise; poets, witty; the mathematics, subtle; natural philosophy, deep; moral, grave; logic and rhetoric, able to contend. (Francis Bacon, 1561-1626)


Hatred does not cease by hatred, but only by love; this is the eternal rule. (Buddha)
He who has learning without imagination has feet but no wings. (Stanley Goldstein)

How anybody dresses is indicative of his self-concept. If students are dirty and ragged, it indicates they are not interested in tidying up their intellects either. (Samuel Ichiye Hayakawa, 1906-1992, Canadian-born American philologist, educator, legislator)
How do you feel about women’s rights? I like either side of them. (Julius Henry “Groucho” Marx, 1890-1977)
How do you know when you’re old? When you double your age and realize you’re not going to live that long. (Michael J. Leydon II)
How queer everything is to-day! And yesterday things went on just as usual. I wonder if I’ve been changed in the night? Let me think: was I the same when I got up this morning? I almost think I can remember feeling a little different. But if I’m not the same, the next question is, “Who in the world am I?” Ah, that’s the great puzzle! (Lewis Carroll, pen name of Charles Lutwidge Dodgson, 1832-1898)


Humility is to make a right estimate of oneself. (Charles Haddon Spurgeon, 1834-1892)
Humor is, I think, the subtlest and chanciest of literary forms. It is surely not accidental that there are a thousand novelists, essayists, poets, or journalists for each humorist. It is a long, long time between James Thurbers. (Leo C. Rosten)




I’m always there to tell people that their life is not that bad. I wish it was easy to follow that advice It is important to our friends to believe that we are unreservedly frank with them, and important to friendship that we are not. (Mignon McLaughlin)
I’m going to speak my mind because I have nothing to lose. (Samuel Ichiye Hayakawa, 1906-1992)
I’ve always thought that underpopulated countries in Africa are vastly underpolluted. (Lawrence Sumers, chief economist of the World Bank, explaining why we should export toxic wastes to Third World countries)
I’ve always tried to go a step past wherever people expected me to end up. (Beverly Sills)
I’ve dreamt in my life dreams that have stayed with me ever after, and changed my ideas: they’ve gone through and through me, like wine through water, and altered the color of my mind. (Emily Bronte)
I am a kind of paranoiac in reverse. I suspect people of plotting to make me happy. (Jerome David Salinger)

Borang Maklumat Diri Guru SK Alai

Butiran Maklumat Diri
1 Nama ___________________________
2 Jawatan Sekarang ___________________________
3 Nombor Kad Pengenalan ___________________________
4 Tarikh Lahir/ Tempat Lahir _____________/_____________
5 Jantina ___________________________
6 Keturunan ___________________________
7 Warganegara ___________________________
8 Agama ___________________________
9 Opsyen ___________________________
10 Nombor Fail JPM ___________________________
11 Nombor Fail SPP ___________________________
12 Nombor Fail Cukai Pendapatan___________________________
13 Gred Jawatan ___________________________
14 Tarikh Mula Berkhidmat ___________________________
15 Tarikh Lantikan Pertama ___________________________
16 Tarikh Sah Jawatan ___________________________
17 Tarikh Taraf Berpencen ___________________________
18 Tarikh Mula Berkhidmat di sekolah semasa_______________
19 Nama Sekolah Terakhir Berkhidmat _______________
20 Bulan Kenaikan Gaji ___________________________
21 Tarikh Pengisytiharan Harta ___________________________
22 Kelulusan Akademik Tertinggi___________________________
23 Kelulusan Ikhtisas ___________________________
24 Tempat Pengajian ___________________________
25 Tahun Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)_____
26 Nombor Telefon Rumah/Bimbit ___________________________
27 E-mel ___________________________
28 Alamat Rumah ___________________________
29 Taraf Perkahwinan ___________________________
30 Nama Suami/Isteri ___________________________
31 Pekerjaan ___________________________
32 Alamat Majikan Suami/Isteri ___________________________
33 Nombor Telefon Suami/Isteri___________________________

Tuesday, April 19, 2011

10 Tabiat yang merosakkan otak


10 Tabiat yang merosakkan otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sunday, April 17, 2011

15 Rahsia senyum dan tawa


15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Oleh itu jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah tapi jangan senyum sinis, itu tidak baik dan kalau ketawa jangan keterlaluan, cukup sekadar sahaja.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006

Puisi untuk Guru di Hari Guru


Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pun mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti

Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”



Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik

Saturday, April 9, 2011

Demi Masa


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Sambutan rombongan dari Singapura


Pasukan silat SK Alai

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqyp1RSaGgxDwzayMOr0v3jt-2LiVeTLGTJkEFVNY0uoCAHjey_9vX5vfAa0s-EpIOi5yLYtGcwqasaBstKy2j1J_K5tRwr9mgoS_JfTW1AgmQspQCsPc7UkS0LlUKfc0xQ1kqt78AqkJ3/s1600/DSC_0176.JPG">
Foto Kenangan bersama rombongan Rivervale Primary School


Pasukan Tarian 1Malaysia


Sambutan rombongan dengan paluan kompang SK Alai

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur

Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup

Tuesday, April 5, 2011

Lawatan Sambil Belajar Rivervale Primary School Singapore


1 April 2011. Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka telah menerima kunjungan dari dari Rivervale Primary School Singapura dalam rangka lawatan sambil belajar di Melaka. Kunjungan tersebut diketuai oleh Vice Principal Madam Maria bt Salim bersama 20 orang guru dan 107 pelajar Level 3 sekolah tersebut. Sekolah Kebangsaan Alai telah menyediakan sambutan yang menarik dengan paluan kompang, persembahan silat, tarian 1Malaysia serta permainan-permainan tradisi seperti congkak, batu seremban, galah panjang, tarik upih dan baling seliper.