Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.
Tuesday, April 19, 2011
10 Tabiat yang merosakkan otak
10 Tabiat yang merosakkan otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Labels:
guru besar,
renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
ReplyDeleteApa jua masalah tentang perkara-perkara yang berkaitan boleh dibawa berbincang. Bukannya dengan cara menghina seseorang dengan gelaran yang bukan-bukan. Seseorang itu bukannya selalu perfect.Anda boleh menghukum tetapi bolehkah permasalahan boleh diselesaikan?
lain orang lain hatinya lain otaknya
ReplyDeleteSilap tu....kita siapa untuk menghukum...Allah yang menilai hambanya... Tinggi mana pun jawatan kita...Allah adalah segalanya. Kita ni siapa untuk mencaci dan menghina...sebagai seorang islam kita sepatutnya merendah diri..bukan buat cara ni sehingga orang benci dan menambah musuh. banyak cara yang baik lagi untuk menyelesaikan masalah bukan mencaci secara pengecut dan penakut macam ni...kadang sebagai insan yang lemah kita tak sedar kadang kesilapan tu bermula dari kita sendiri....rambut sama hitam hati lain2.Kadang kita tak boleh terima cara orang begitu juga sebaliknya. Sebaiknya kita menginsaf diri dan memuhasabah diri sendiri....kadang perasaan amarah kita menyesatkan kita menjadikan kita orang yang lebih hina dari orang yang kita hina.
ReplyDeleteAbi Darda’ ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Apabila seseorang melaknati sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit kemudian seluruh pintu-pintu langit dikunci. Lalu laknat itu mengambil posisi ke kanan dan ke kiri. Bila tidak ada tempat kosong, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang dilaknati bila dia layak untuk mendapatkan laknat Tetapi kalau orang yang dilaknati tidak layak mendapat¬kan laknat, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang mengucapkan laknat tersebut.” (HR. Abu Dawud).
ReplyDeleteAbi Hurairahra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Jauhilah olehmu berprasangka. Sebab berprasangka adalah sejelek-jelek pembicaraan. Janganlah kamu saling mencari kejelekan orang lain, janganlah saling bermegah-megahan, dan janganlah saling dengki mendengki. Janganlah saling mengumbar emosi, dan janganlah saling menjauhi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersatu dan bersaudara sebagaimana yang telah diperintahkan Allah kepadamu. Seorang muslim dengan muslim lainnya adalah bersaudara, yang di antara mereka dilarang saling menganiaya, saling menghina. Taqwa adalah di sini (sambil Rasulullah memberi isyarat ke arah dada). Cukuplah seorang muslim dikatakan melakukan kejelekan apabila dia menghina sesama muslim. Seorang muslim dengan muslim lainnya harus saling menjaga darah, kehormatan, dan harta kekayaannya.” (HR. Bukhari dan Muslim).