Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Saturday, May 25, 2013

Tahniah, Pasukan Kalam Jamaie SK Alai

Pada 14 Mei yang telah lalu, Pasukan Kalam Jamaie sekolah dibawah pimpinan Ust Khairul Izwan Rosjihan a.k.a. "Muallim" telah menyertai pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan tersebut telah berlangsung di SK Batu Berendam 2, Batu Berendam Melaka. Pasukan sekolah dengan kekuatan seramai 27 orang ahli telah mendapat tempat ke-4 keseluruhan. Dalam pertandingan tersebut, tempat pertama dimenangi oleh Sekolah Convent Infant Jesus 2 (CIJ 2), tempat kedua pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Baru dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh.
Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Kalam Jamaie Sekolah Kebangsaan Alai kerana telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Turut tidak lupa kepada Muallim yang telah melatih serta kepada guru-guru pengiring yang terdiri daripada Ustaz Ahmad Rizman Johar, Ustazah Nor Aziah Usoff dan Ustazah Nor Hafidzah Rozali.

Semoga pasukan kalam jamaie SK Alai akan lebih berjaya pada masa akan datang. InsyaALLAH....



Latihan terakhir sebelum pertandingan.


Make-up artist yang cube nak enterframe.... hehehehehe....


Gambar Bukti masuk pertandingan...... Tempat ke-4 jer.....

No comments:

Post a Comment