Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke laman blog sekolah kami ini. Semoga dengan adanya blog ini segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsikan bersama dan dijadikan panduan untuk kita dimasa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

Thursday, November 26, 2015

Tahniah Anak Didik SK Alai, Anda Hebat!

Berjuta tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kejayaan sepanjang tahun 2015. Pada 16hb November telah diadakan Hari Kualiti bagi mengiktiraf serta meraikan murid-murid yang telah mencapai kejayaan sepanjang tahun ini. Pada 17hb November pula telah diumumkan keputusan peperiksaan UPSR yang mana sekolah kita telah berjaya melahirkan 8 orang murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Tahniah diucapkan kepada mereka dan seluruh warga pendidik SK Alai atas usaha dan pengorbanan semua.


         Tokoh-tokoh murid tahun 2015

                    Murid-murid 5A


             Murid-murid 5A dan 4A





Tahniah kepada semua. Jangan berputus asa. Teruskan usaha anda. Kekalkan kecemerlangan anda di sekolah menengah nanti. We are proud of all of you.





No comments:

Post a Comment